Friday, December 24, 2010

Alhabib Islamic Web Service

Alhabib Islamic Web Service

Inilah medium untukku berdakwah dalam jihad,..Kucuba yang termampu mengikut pengalaman dan ilmu yang ada dan berguna untuk dikongsi kepada insani,..

Inilah Tujuanku (^_^)

Inilah medium untukku berdakwah dalam berjihad,..Kucuba yang termampu mengikut pengalaman dan ilmu yang ada dan berguna untuk dikongsi kepada insani,..Walaupun pengalaman dan ilmu belum cukup sempurna,namun kerana minat yang mendalam terhadap dunia penulisan kuteruskan jua,..Kerana menulis adalah caraku,..Tulisan tak sama dengan kandungan jiwa,bukan?.. Namun,segala yang wujud dalam laman blog ini,adalah coretan lakaran jiwa seorang hambaNYA yang bernama Nurul Afifah,..Bukannya kukongsi rahsia hati,tetapi ilham minda yang digarapkan dalam bentuk puisi,sajak atau perkongsian ilmu adalah caraku dalam berdakwah,..Ku akan tetap meneruskan perjuangan yang mana,insyaAllah sebagai da'ie yang berguna pada kehidupan manusia yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.. Sama2lah kita menjadi hamba yang beriman lagi berusaha mencari keredhaaNYA,disamping niat yang suci dan mengimpikan suluhan cahaya cinta dari Sang Pencipta Alam Semesta,InsyaAllah..

Hanya BuatMU Sang Pencipta

Puisi ini telah kugarapkan pada tanggal 15Oktober 12:01AM..Hayatilah ia dengan penuh ketelitian agar ia bisa menyerap ke dalam rohani insani,.. :)


Sejenak Aku bersandar,
Nafas terhela sebentar..tatkala menoktahkan tinta pena pada awal bait,..
Berfikir dan terus berfikir..sedang benak hangat ligat berputar..
Hemm,..mengeluh Aku,..
Sarang sanubari ini telah kesekian kali mengandungkan kerinduan yang sarat,..
Kangan terhadap segala janjiNYA,.buat mu'mini dan muttaqin..


Apakah ilhamku buat Sang Pencipta?
Impiku adalah ingin melangsaikan segala yang termampu..
Kebaikan yang dibenih,kesenangan abadi yang dituai..
Membajai iman,menyirami pohon jiwa yang kian rapuh kelayuan dengan kalam suci,
Membasahi hati dengan kehangatan berzikir padaNYA,bertasbih serta memuji dengan tahmid..
Tiap2 hariku diakhiri dengan memuhasabah nafsi,..
Kedamaian menusuk tiap lorong hatiku,tika Aku berseorangan menghadapMU..
Dan tika Aku diulit bahagia bersamaMU..Aku mendekatiMU dengan bersungguh Wahai Tuhan,..
Tiada yang lain kuharapkan,melainkan maghfirah,rahmat dan keredhaanMU..


Bantulah Aku untuk berdiri diatas CintaMU..
Bertahan sabar akan duri ujian yang mengocak tugu keimananku..
Bangkitkan Aku dari kealpaan angan,..
Sedarkan Aku dalam kelalaian dunia yang fana ini,..
Yang hanya untukMU Tuhankuadalah keutuhan cinta akan akhirat..
Keteguhanku dalam melaksanakan perintahMU,menghambakan diri padaMU..
Berserahnya diriku padaMU yang sentiasa mengharap lembayung redhaMU,..
InsyaAllah.. Uhibbu'Azzawajalla..
Hanya Dia yang berketahuan kondisi jiwa dan diriku..

Thursday, December 23, 2010

~Ke PangkuanMU jua Akhirnya-$uci Sebuah Taubat..

Puisi ini hasil tulisan asal penulis,iaitu diriku yg serba kekurangan ini,.Nurul Afifah Saharuddin..apa jua yg terlakar di layar minda,terlintas dihati,kucoretkan segalanya sebagai perkongsian medium penyebaran da'wah..


Tercelik aku dari kematian yang sementara..
Hening dingin tika ini,.
Kadang diri disapa angin malam,damai yang kurasa..
Saat inilah yang aku nantikan sekian lama dalam tiap hari yang kulalui..
Menanti dengan hati yang penuh cinta,
jiwa yang sarat dosa dan titik hitam yang bisa menghijab kunjungan hidayahNYA..
Bisakah ianya sirna menunduktakbur dan sombongku di dalam penyujudan..
Wujud rasa kehambaanku pada KhaliQku..
Terlampau hina dina,terlalu lemah dan kerdil..
Tubuhku menggigil mengingati 'azab dan panggilanNYA..
Terasa tiap waktuku terpanggil menemuiNYA..
Kerana aku tidak bisa menjauh dan lari dari pandanganNYA walau selangkah..


Sememangnya aku jahil,kerana imanku yang garing..
Sememangnya aku fakir kerana hatiku yang dho'if..
Tika sanubariku bertaut khusyu',
terasa hangat dibening mata akan kesayuan titisan rindu
Yang mengalir kerana tagihkan cintaNYA
Yang bercucuran kerana taubat dengan penuh sesalan..
Maluku denganmMU Ya Ghaffar,..
Seganku bersalut luka yang parah..
Luka parah akibat noda hitam..
Masya Allah!!...Astaghfirullahal'adzhim...
Astaghfirullahal'adzhim...Astaghfirullahal'adzhim..
Turun naik desah nafasku,kadang rasa seakan nafas terhenti,..
Mengesak tangis kerana dosa silam di bahuNYA..


Aku tahu Ya 'Alim,..KasihMU buat perindu firdausi,
tiada penghujung dan tiada tara buat yang selalu mendekatiMU..
Begitulah rahmatMU yang seluas langit nan membiru..
Ya Wahhab,berilah aku maghfirahMU..
Ya 'Afuwwun,maafkan segenap kekhilafanku..
Selalu inginku mencari keredhaanMU dalam tiap 'amal 'ibadahku..
Ku minta dan menadah, segala yang ku impi dan ingini
dalam penadahan yang bersungguhan..
Mengharap kekuatan dariMU Ya Qawiyyun..
untuk membantu aku berjihad menentang nafsu,dan melawan godaan si iblis..


Berilah aku siraman hidayah buat pedoman
buat bekalan ke negeri abadi..
Inilah rintihan taubat tragis yang sarat dengan penyesalan..
Biarkan aku bahagia dengan jalanku ini,..
Biarkan aku terbuai dalam segala janjiMU tuhan,
buat hamba yang tak pernah alpa padaMU..
Moga ini akan bisa menambah keimananku padaMU
jua menuingkatkan kecintaanku pada yang Maha Wadud..
Amiin,... Ya Rabbul 'Izzati Rabbul 'Arsyil'Adzhim..


27 JUN 2010 tanggal 9:20 AM

~Pandangan Dunia~

Wahai pembaca sekalian,renungkanlah..apakah kita memandang segala pemberianNYA yang hanya pinjaman lagi sementara ini dengan pandangan dunia atau pandangan akhirat?makanya,waspada dan fikirkanlah..peringatan bersama :)
Pesona pancaindera penuh warna mentafsir jiwa kehidupan..
Dilatari kerasukan nafsu membuakkan keinginan cinta..
Cinta akan ketamadunan modenisasi yang merungkai bermacam persepsi..
Pandangan dunia ni'matnya dirasai,indah dimewahi pelbagai keagungan kudratNYA..
Jika dipandang penuh keasyikan,pasti ternoda si hati yang rapuh..
Tak diteliti dengan pandangan bertunjangkan iman,maka tergodalah 'aqal insan
akan penghasutan iblis penuh kedurjanaan..
Dini'mati anugerahNYA tanpa secebis panjatan kesyukuran..


Pandangan dunia,semua penuh kemanisan,namun..menghimpitkan..
Pandangan dunia,amat menyempitkan ruang nafsu dan kegaringan iman
pada tangkai kalbu yang amat rapuh lagi mudah nanar..
Antara harta,darjat dan wanita,nafsu masih dijejak dan dipijak kambus
oleh keangkuhan penggoda jiwa insani..
Andai tak ditarbiah mutiara iman dan jahil sanubari yang penuh kefakiran ini,
pasti jauh tenggelam dilubuk pandangan dunia..
Yang meracun ma'nusiawi dengan barah pandangannya..mengundang
musibah bala bencana..menjemput hadir munkar ma'siat..
Jauh dari sinar iman,makin jauh dari mahabbah warahmahNYA..
Sedarilah wahai pendosa yang hatinya terpaut pada dahan pandangan dunia,
dirimu penuh kefakiran,hatimu disaluti noda dosa yang menjijikkan,
dilumpuri titik-titik hitam yang menyelimuti seluruh ruang jiwa dho'ifmu..
Kembalilah kepada fitrah merayu taufiq pada KhaliQmu..
Merintih maghfirah,mendambai redhaNYA..
Cinta padaNYA,mampu membawa pandu hati yang miskin iman ke arah toriiqul hanif..


Ditulis pada tanggal 15 Oktober 2010 pada 8:59PM oleh : Pencinta Kertas~Nurul Afifah Saharuddin..

Puisi "Jiwa Semalam"

 Dinukilkan puisi ini pada tanggal 24/09/2010.. Oleh diriku yang penuh kekurangan ini,..


Kerana semalam,
Imanku kaku,..
Kerana semalam,
Jiwaku hilang,..
Nafsuku dijajah..
Tangkai hati ternoda..
Berlumpur sudah qalbuku dengan dosa..
Longlai aku,tersungkur jatuh..
Kerapuhan hatiku,hilang dibawa angin songsang yang menyesatkan..
Lirih merintih,kerana mengenang kedosaan yang silam..
Kerana semalam,
Diri ini hilang arah..
Jauh dari cahaya hati,
Jauh dari rahmat Yang KhaliQ..
Aku cuba mencari diri,
Mencari sanubariku yang nanar..
Kerana hubbu dunnia..


Kembali Aku padaNYA,
Qalbuku bertahajjudkan Cinta padaNYA..
Menabur butir cinta di setiap relung hati,
Mentafsir hayat,menteliti semesta serta merenung hayat..
Di tubir ainunku,titisan kesayuan..
Jatuh berderai demi mengenang kekerdilan insani..
Disisi pelupuk iman yang merona ruang rongga kalbu..


Ya,telah Aku temui lorongNYA,
Dalam tangisan yang berdenyutkan pengaharapan
mahabbah dalam muhasabah cinta..