Thursday, December 23, 2010

~Ke PangkuanMU jua Akhirnya-$uci Sebuah Taubat..

Puisi ini hasil tulisan asal penulis,iaitu diriku yg serba kekurangan ini,.Nurul Afifah Saharuddin..apa jua yg terlakar di layar minda,terlintas dihati,kucoretkan segalanya sebagai perkongsian medium penyebaran da'wah..


Tercelik aku dari kematian yang sementara..
Hening dingin tika ini,.
Kadang diri disapa angin malam,damai yang kurasa..
Saat inilah yang aku nantikan sekian lama dalam tiap hari yang kulalui..
Menanti dengan hati yang penuh cinta,
jiwa yang sarat dosa dan titik hitam yang bisa menghijab kunjungan hidayahNYA..
Bisakah ianya sirna menunduktakbur dan sombongku di dalam penyujudan..
Wujud rasa kehambaanku pada KhaliQku..
Terlampau hina dina,terlalu lemah dan kerdil..
Tubuhku menggigil mengingati 'azab dan panggilanNYA..
Terasa tiap waktuku terpanggil menemuiNYA..
Kerana aku tidak bisa menjauh dan lari dari pandanganNYA walau selangkah..


Sememangnya aku jahil,kerana imanku yang garing..
Sememangnya aku fakir kerana hatiku yang dho'if..
Tika sanubariku bertaut khusyu',
terasa hangat dibening mata akan kesayuan titisan rindu
Yang mengalir kerana tagihkan cintaNYA
Yang bercucuran kerana taubat dengan penuh sesalan..
Maluku denganmMU Ya Ghaffar,..
Seganku bersalut luka yang parah..
Luka parah akibat noda hitam..
Masya Allah!!...Astaghfirullahal'adzhim...
Astaghfirullahal'adzhim...Astaghfirullahal'adzhim..
Turun naik desah nafasku,kadang rasa seakan nafas terhenti,..
Mengesak tangis kerana dosa silam di bahuNYA..


Aku tahu Ya 'Alim,..KasihMU buat perindu firdausi,
tiada penghujung dan tiada tara buat yang selalu mendekatiMU..
Begitulah rahmatMU yang seluas langit nan membiru..
Ya Wahhab,berilah aku maghfirahMU..
Ya 'Afuwwun,maafkan segenap kekhilafanku..
Selalu inginku mencari keredhaanMU dalam tiap 'amal 'ibadahku..
Ku minta dan menadah, segala yang ku impi dan ingini
dalam penadahan yang bersungguhan..
Mengharap kekuatan dariMU Ya Qawiyyun..
untuk membantu aku berjihad menentang nafsu,dan melawan godaan si iblis..


Berilah aku siraman hidayah buat pedoman
buat bekalan ke negeri abadi..
Inilah rintihan taubat tragis yang sarat dengan penyesalan..
Biarkan aku bahagia dengan jalanku ini,..
Biarkan aku terbuai dalam segala janjiMU tuhan,
buat hamba yang tak pernah alpa padaMU..
Moga ini akan bisa menambah keimananku padaMU
jua menuingkatkan kecintaanku pada yang Maha Wadud..
Amiin,... Ya Rabbul 'Izzati Rabbul 'Arsyil'Adzhim..


27 JUN 2010 tanggal 9:20 AM

No comments:

Post a Comment