Alhamdulillah,..Indahnya hidup ini :) :) :)

Cantikkan,bunga ni? Begitulah jua segala bunga2 yang ada wujud dalam taman kehidupan manusia kini,dahulu dan selamanya,.Apatah lagi segala ni'mat yang dikecapi segenap manusia semuanya indah belaka.Segalanya seindah rasa.Seakan seperti hidup selamanya di dunia.Namun semua itu adalah hak Allah,milikNYA,dan hakikatnya ia adalah sementara.Pasti suatu masa kelak,Allah akan mengambil kembali ciptaanNYA.Mungkin kerana manusia seringkali berlaku ketidaksyukuran atas segala yang diberi,atau manusia itu selalu merasai tidak puas memiliki apa yang ada disekelilingnya,juga haloba dengan kemewahan dunia,atau telah tiba masanya segala ciptaan Allah kembali padaNYA?..Begitu juga kehidupan ini,adakah kita memanfaatinya?Adakah kita sering memanjat syukur pada Illahi atas tiap2 ketentuan yang ditakdir serta ni'mat yang diberi olehNYA kepada kita? Dan tahukah kita takdir Allah itu adalah suatu ni'mat? Ya,ianya memang suatu ni'mat atau hadiah yang dirasai oleh hambaNYA yang selalu merasa apa yang ditentutakdirkan olehNYA adalah hadiah yang dijelmakan dalam bentuk kebaikan dalam kehidupan kita,..Baik tentang kelahiran,jodoh,kehidupan,kejayaan,kematian dan sebaliknya adalah ujian untuk kita dalam mengharungi arus kehidupan pada jambatan cabaran. Kadang2 Allah mengambil apa yang kita sayangi,adalah kerana Allah ingin menggantikan dengan perkara atau benda yang lebih baik. Dan Allah menguji manusia dengan bermacam ragam dugaan dalam kehidupan kerana ingin melihat sejauh mana kuatnya kesabaran,setinggi mana kekentalan kita dalam menghadapinya,.. Betulkan,? Fikirkan sebaiknya,renungkanlah erti sebenar kehidupan ini,walaupun kita hanya sekejap menyinggah di dunia yang terhampar-dampar akan kefanaannya ini.. Wallahul'aliyyul'allim..